Cuma 1 yang boleh saya cakap. Sembahyang sunat Dhuha adalah pintu kepada pembuka rezeki. Jika anda nak tahu, ramai orang yang berjaya di luar sana mengamalkan solat Dhuha setiap hari dan membaca surah al-Kausar. Tq
Miliki Besi Khursani bagi menarik energi kekayaan
Batu ini dikenali sebagai Fool’s Gold seolah menyamai emas (berbanding batu lain) dan kerana batu kursani memang popular di dunia Nusantara. Para penyimpannya di kalangan orang-orang yang hebat, Pendekar-pendekar dan ulama’-ulama. Salah seorangnya ialah Syeikh Maulana Omar Ali iaitu bapa kepada Sultan Hasanal Bolkiah( Sultan Brunei ).
Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan kesultanan Brunei memang kaya raya sehingga sekarang. Kalau anda berkunjung ke Masjid Hasanal Bolkiah, Mimbar masjid diperbuat dari Besi Kursani. Selain menyimpan Emas dan Perak, Besi Khursani ini juga turut dijadikan simpanan bagi menarik energi kekayaan kepada penyimpannya.
Apa pula kaitannya “ Emas dan Besi Kursani “ ini?
Begini pembaca semua, Emas mempunyai nilai yang sangat tinggi berbanding Besi kursani, tetapi di sebaliknya yang ramai orang tak tahu ialah Emas menarik aura kekayaan manakala Besi Kursani menarik energi/gelombang kekayaan kepada yang menyimpannya.
Semakin banyak anda menyimpan Emas dan Besi Kursani semakin tinggi energi kekayaan. Kalau ia memberi rezeki yang melimpah ruah kepada anda, mengapa anda hendak menjualnya? Ramai yang tidak tahu kebanyakan jutawan di dalam negara ini ada menyimpan batu ini. Kalau nak tahu siapa yang “ Tukang “ batu ini boleh call Master Pak Lah( Salah Seorang Sifu Saya).
Banyak tanggapan negatif kepada penyimpan besi kursani ini, ia dikaitkan dengan kekebalan, itu selepas ia dimasukkan jin oleh orang-orang yang melakukan syirik. Kalau boleh jauhkan.
Bagi peserta yang akan menghadiri seminar saya bersama cikgu Eddy pada 28.1.2012 di MPJBT, Skudai, hanya 9 keping ( Goldbar )besi kursani sahaja yang akan di jual bagi peserta seminar. Batu kursani ini telah DIDOAKAN bagi mendapatkan keberkatan, membuka pintu rezeki perniagaan, mengelakkan ganguan jin dan bermacam-macam lagi. Kalau nak beli boleh booking awal. call saya. 010-7945969. Harga jualan sebenar RM 696. bagi peserta seminar ‘Potensi Pelaburan dan Perniagaan ‘ pada 28.1.2012 ialah RM500. Kalau nak bank-in pun lagi baik.. Glory Perfection 5511 9110 3156 ( Maybank ). Dah bank-in terus SMS saya. 010-7945969. kalau jauh saya POS je…
Selain itu, Besi khursani merupakan salah satu mineral yang digunakan untuk menguatkan aliran darah. Pada masa dahulu besi ini digunakan untuk menjadikan tubuh panas terutama bila diletakan pada mana-mana bahagian badan. Panasnya badan ini disebabkan kerana pengaruh beberapa jenis mineral kepada jantung dan aliran darah. Tidak ada kelebihan ajaib pada besi khursani melainkan dia sejenis mineral yang boleh melancarkan perjalanan darah terutama bagi mereka yang sejuk tubuh badannya.
Namun bagitu anda akan dapat merasakan medan seperti eletrik statik ringan apabila besi ini digenggam. Rawatan yang boleh digunakan dengan besi kursani ini ialah rawatan khusus bagi masalah yang terkait dengan saraf tulang belakang, otak dan jantung. Masyarakat dahulu mengaitkan besi ini khusus bagi orang lelaki terutama masalah impotensi. Ini mungkin ada kebenaranya terjadi akibat dari kelancaran darah si pengguna.
Bagaimana untuk memastikan benar-benar besi Khursani? Selain daripada medan magnetiknya yang boleh dirasa, besi yang terbentuk seperti batu ini juga melekat kepada magnet (besi berani) sama seperti besi yg lain.
Jom kita sama-sama baca Testimoni ini
Pada 1 Mei 2010, saya terus membeli pendant 769. Pengalaman pertama saya di mana selepas saya membeli pendant ini, saya berjumpa dengan sepupu saya. Kebetulan dia sedang mengalami sakit kepala. Saya pun meletakkan pendant ini ke dahinya. Selang seminit dia memberitahu kepalanya sudah beransur lega dan terasa hendak tidur.
Pengalaman saya pula ialah dimanam saya berelemenkan api iaitu nombor 8, kebanyakkan ornag yang berelemen 8 ini sering dikaitkan dengan tekanan, kesibukan dan tanggungjawap. Secara tidak langsung sikap panas baran dan kemarahan pasti ada pada mereka yang berelemen 8 ini. Setelah memakainya selama beberapa hari saya dapati tahap kemarahan saya dapat dikawal. Saya sentiasa merasa cool dan tenang. Sememangnya penawar api adalah air kerana pendant ini berasal dari laut dalam.
Masaalah yang berat pun terasa mudah saya hadapi. Dari segi rezeki pula, alhamdulillah terasa mudah dan ada ketikanya mendapat rezeki dengan tidak disangka-sangka, seperti kawan tiba-tiba membayar hutang lama. Dari segi jualan pula, ada saja customer yang ingin membeli produk dan menjadi ahli. Dari segi kesihatan, pemakaian pendant ini memberikan tenaga kepada saya, walaupun tidak cukup tidur, namun saya tetap rasa bertenaga di waktu siang. Kualiti tidur juga bertambah baik.
Sememangnya saya rasa amat bertuah dan bersyukur kerana dipertemukan dengan produk hebat ini. Produk ini bukan sahaja untuk penjanaan tenaga fizikal semata-mata, tetapi turut menjana dari segi mental, emosi serta spiritual seseorang itu. www.eddyrosyadi.net.
Jadual Seminar bulan Januari 2012
Salam 1 Malaysia, kepada yang ingin menambah ilmu lagi ,Anda boleh bertemu saya mengikut jadual seperti diatas.
Maklumlah, kini saya telah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa, so banyak program yang telah saya aturkan bersama cikgu Eddy dan Master Pak lah.
kepada anda yang berada di luar negeri Johor, Insyaallah kami akan sampai kenegeri anda.
” SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA ” SEKIANNNNNNNN……………………………..
Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020
2012/01/17
STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.
Hadiri ” SEMINAR POTENSI DIRI MELALUI PELABURAN DAN PERNIAGAAN SIRI 1″ Di MBJBT
Salam 1 Malaysia, Kepada semua pembaca blog saya, ini ada satu berita baik. Sifu saya iaitu “ Cikgu Eddy Rosyadie” akan mengadakan seminar” POTENSI DIRI MELALUI PELABURAN DAN PERNIAGAAN SIRI 1”.
Oleh itu, saya menjemput anda semua yang mana mahu menceburkan diri dalam dunia pelaburan dan perniagaan. Manalah tahu balik dari seminar itu, anda tahu satu potensi pelaburan dan perniagaan randa. Hanya tinggal untuk di laksnakan.
Pada hari itu juga, Saya ada memanggil seorang lagi SIFU saya dalam bidang Pemulihan tenaga dalaman iaitu saudara “PAK LAH”. Kalau nak tahu kena datang seminar ini.
Menggunakan teknik pola 336 membantu individu yang berminat untuk berjaya di dalam dunia pelaburan / perniagan berasaskan pelaburan sama ada hartanah, Forex, Emas, CPO dan sebagainya. Ramai orang masuk pelaburan seperti pelaburan cacing, ikan arowana dsbnya tetapi gagal atau kerugian dalam pelaburan kerana mereka melabur pada arah, tahun dan waktu yang salah mengikut sistem pernomboran.
Elakkan diri anda daripada kerugian puluhan atau ribuan malah jutaan ringgit daripada pelaburan anda itu. Pada tahun 1999 sebelum Cikgu A-D mencipta pola 336, cikgu A-D pernah kerugian puluhan ribu ringgit kerana melabur pada tahun yang salah. Malah terdapat ramai individu di luar sana yang mengalami atau sentiasa mengalami kerugian dalam pelaburan dek kerana tidak mengetahui teknik pola 336. Kini, teknik pola 336 sudah ada untuk membantu anda membuat keuntungan dalam pelaburan. Juga, kursus ini membantu anda untuk kenali jenis-jenis pelaburan / perniagaan berasaskan pelaburan yang sesuai dengan anda – emas? Forex? BSKL? Hartanah ? Atau kesemua jenis pelaburan? Bila dan dimana? Dsbnya persoalannya.
Adakah anda sesuai buat pelaburan? Ya atau Tidak? Kalau tidak boleh pun, ada caranya untuk jadikannya YA! Jika YA sesuai, maka tingkatkan prestasi keuntungan anda! Jom, 28 Jan, Skudai! Di dalam kursus ini juga, pola 696 iaitu potensi bisnes juga diperkenalkan kerana pola 336 dan pola 696 biasanya seiring untuk kejayaan dalam perniagaan konvensional mahupun perniagaan berasaskan pelaburan.Kenali potensi anda dalam pola 336 dan 696 dan pelajari bagaimana untuk anda jadi usahawan perniagaan atau usahawan pelaburan yang menguntungkan.
Pelajari bagaimana untuk mengelakkan daripada kerugian dalam pelaburan dan perniagaan menggunakan teknik pola 336 dan 696.Pada tahun 2010, cikgu A-D mengunjurkan bahawa tahun 2011 adalah tahun pelaburan dan pelaburan seperti emas naik 24%, malah bayaran dividen amanah saham juga meningkat di tahun 2011 ini. Jika anda ada pola 336 dan 696 (atau yang tiada pola itu pun boleh) maka gunakan potensi anda untuk berjaya dalam perniagaan / pelaburan.
Tawaran istimewa kepada peserta kursus Diskaun harga RM30 untuk perisian Prestasi Graf Harian (ciptaan Cikgu A-D) yang sering digunakan oleh individu bermain forex, MLM, insuran dsbnya untuk mengetahui hari yang baik untuk melabur/ berniaga.
Saya telah meminta kepada Cikgu Eddy datang ke Johor untuk mengadakan seminar khas kepada Ejen-ejen Uncang Emas Group. Alhamdullilah, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan harga yang dikenakan sangat berpatutan.

2 orang ” SIFU” yang telah membawa saya ke tahap ini, Cikgu Eddy Rosyadie dan Mahaguru Shukor Hashim.
Sebenarnya ramai yang tak tahu yang mana saya telah berguru dengan Cikgu Eddy ni sejak 2007 lagi. Itulah sebabnya saya tahu potensi pelaburan dan perniagaan yang mana saya boleh buat atau tidak.
Bercerita sedikit tentang cikgu Eddy ni, di sebenarnya telah melahirkan ramai individu hebat seperti Dr Azizan Osman, Mahaguru Shukor Hashim, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad dan ramai lagi..inilah masa untuk berjumpa dan belajar dengan orang hebat.
Flayers ini akan di paparkan kedalam 3 blog utama iaitu wwww.eddyrosyadi.net, www.jutawanemas.com dan www.uncangemas.net.Jom kita lihat dibawah:
Kepada yang nak buat bayaran awal lagi baik kerana hanya 40 tempat sahaja disediakan. Boleh bankin ke ACC Glory Perfection 5511 9110 3156 ( Maybank ) then sms kepada saya nama penuh.
Kepada yang hadir pada hari itu dengan membuat bayaran dikenakan bayaran RM 336, jika bank-in awal ( 1 week before)28/1/12 hanya RM 230 sahaja.. anda nak bayar yang mana? So, kena ambil tindakan segera.
Manalah tahu, allah hendak membuka pintu rezeki kepada anda. Kalau ada yang berminat jemputlah datangdan bawa sekali “Masa lahir anda”. Jom Apa tunggu lagi.
Bila balik seminar anda akan tahu:
- Potensi diri
- Potensi dalam perniagaan dan pelaburan
- Potensi kerjaya
- Arah mana perniagaan yg perlu di buat
- Boleh jalan bisnes secara individu atau kongsi.
- Bisnes jangka masa pendek atau panjang.
- Pola-pola pernomboran melalui tarikh lahir.
- Yang paling penting ialah “ BAGAIMANA YANG MENINGKATKAN JUALAN DAN MEMPERKEMBANGKAN PERNIAGAAN”.

Dan banyak lagi yang menanti anda seperti menerima Sijil Perhargaan, CD Pelaburan Emas Percuma bernialai RM40.00 dan lain-lain lagi..Opps terlupa pula, Makan tengahari dan minum petang disediakan.sekian
“SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA”
Terima Kasih ” SIFU “. Semua Orang Boleh Berjaya.
Testimoni EMAS
Sumber:http://www.eddyrosyadi.weebly.com/
Seorang bekas peserta kursus pernomboran tahun 2007 lalu kini tampil memberikan testimoni. Sdra Mohd Faeez kini terlibat dengan Public Gold, juga memiliki beberapa buah perniagaan. Beliau mengatakan beliau membuat perubahan mengikut potensi beliau dalam “pola besi” bermula dengan kerja-kerja berkaitan besi dan seterusnya kepada emas.
Sebelum ini hanya penjual barangan terpakai kini sudah memiliki kemewahan yang lebih baik. Semasa kursus 2007 lalu beliau datang menaiki bas dari Kluang ke Puduraya dan tersangkut di KL dek satu perhimpunan baju kuning semasa itu dan terlewat sampai kursus di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam pada hari tersebut. Jika ada kemahuan, tentu ada kesungguhan dan ada kejayaan!
Temui beliau di Kursus Pola 336 dan 696 Kenali Potensi Diri Pelaburan dan Perniagaan pada 28 Januari 2012 di MPJBT, Skudai, Johor.
Pemulihan Tenaga (Energy Healing)
Kelas cikgu A-D membuat perkhidmatan tambah-nilai dengan menjemput seorang pengamal perubatan komplementari alternatif secara Islamik iaitu Master Kasyfullah atau Pak Lah. Beliau sebelum ini adalah pelanggan konsultansi cikgu A-D dan kemudian diberi ruang untuk memberikan perkhidmatan beliau.
Kaedah pernomboran adalah dalam dunia sains metafizik yang mana berkait dengan dunia alternatif seperti tenaga chakra, aura dsbnya. Mempelajari kaedah pernomboran adalah untuk menjana potensi, membuat strategi dan memantau prestasi serta tingkatkan produktiviti. Namun, ada sebilangan peserta kursus perlu diberikan tambahan “tenaga” supaya dapat membantu peserta tersebut kembali cergas dan cergas dalam kehidupan atau perniagaan akibat trauma dalaman dek cabaran atau konflik yang dilalui.
Menariknya, kaedah pernomboran dan graf hayat sudah dapat mengenalpasti seseorang yang bermasalah seperti Blocking Star, Kitaran tahun 5 dsbnya dan kaedah komplementari alternatif juga dapat mengenalpasti individu bermasalah tersebut secara “tenaga”. Dengan kata lain, gabungan kaedah sains pernomboran dan tenaga membantu individu bermasalah untuk kembali ke situasi yang lebih baik.
Foto kiri – peserta kursus Pola 769 diberi tunjuk ajar dan latihan pernafasan untuk visualisasi tenaga “emas”. Ini adalah satu teknik daripada teknik-teknik tenaga emas yang akan diberikan kepada peserta kursus penuh pola 769 pada 11 Mac 2012 nanti.
Foto – Pak Lah sedang menjalankan program pemulihan tenaga kepada peserta kursus secara percuma. Di dalam kursus penuh pola 769 pada 11 Mac 2012 nanti, setiap peserta akan diberikan pemulihan tenaga emas yang lebih menyeluruh.
Hakikatnya memang berbaloi hadir ke kelas pada 7 dan 8 Jan tempohari dengan pengajian ilmu dan pemulihan tenaga.
Selepas kelas cikgu A-D dijemput untuk makan malam bersama dengan beliau dan sempat jugalah periksa pernomboran beliau. Padanlah beliau kini kaya berjaya kerana sedang dalam tempoh Virtuous Star! (sama juga dengan jutawan Avail sdra Nor Azman yang juga kini Virtuous Star). Juga, apabila diperiksa nama “jutawanemas” adalah setara dengan nama “Air Asia”.
Beliau bersungguh-sungguh untuk belajar kaedah pernomboran walaupun telah berada di tahap pendapatan yang sangat lumayan. Ini menunjukkan bahawa kaedah pernomboran adalah sesuai untuk semua golongan. Bagi tahap beliau, kaedah pernomboran digunakan untuk tingkatkan dan pantau prestasi perjalanan hidup dan perniagaan kerana hidup manusia ini ada turun naiknya dan memerlukan persediaan. Juga, kaedah pernomboran digunakan untuk membantu beliau tingkatkan kualiti orang-orang bawahan beliau supaya perniagaan akan dapat berjalan dengan lancar secara berkumpulan.
Jika para usahawan belajar kaedah pernomboran dan anda belum lagi mendalami maka persoalannya anda bila lagi? Usahakanlah untuk tingkatkan produktiviti hidup dan perniagaan anda bersama cikgu A-D.
Daripada laman web jutawanemas.com:
Analisis kenaikan harga emas tahun 2011.
Harga pada 3/1/2011 = USD1405.50 Oz
Harga pada 2/12/2011 = USD1751 Oz
Ini adalah kenaikan sebanyak USD345.50 Oz bersamaan kenaikan 24.58%
Tepat dengan forecast cikgu A-D pada tahun 2010 bahawa tahun 2011 adalah tahun pola 336 iaitu pola pelaburan seperti emas!
Antara kelas / modul yang bersesuaian untuk perihal bisnes/ pelaburan adalah;
Teknik Pelaburan Pola 336
Teknik Perniagaan Pola 696
Teknik Jualan Pola 729
Teknik Menyusun Hidup dan Perniagaan Secara Graf Hayat
Kini Kerjaya Telah Sepenuh Masa dan selamat tinggal kerjaya ” Makan Gaji’
Salam 1 Malaysia, Apa khabar anda semua? semoga tahun 2012 ini membuka azam dan lembaran baru untuk terus menjana kekayaan melalui Pelaburan Emas dan Hartanah.
Setelah berhempas pulas membina kerja dalam perniagaan, Akhirnya saya dengan hati yang lapang dan gembira mengambil langkah drastik serta berani memberi tumpuan penuh kepada perniagaan emas Public gold dan meninggalkan bidang pekerjaan sebagai kakitangan Awam selama 11 tahun perkhidmatan, Terima kasih kepada Pihak Bank yang telah meluluskan pinjaman peribadi saya sehingga 80%. Duit itu sebenarnya digunakan untuk mengembangkan perniagaan. Setelah 3 tahun menceburi bidang ini, Potensi yang lebih besar dapat saya lihat melalui perniagaan emas yang sememangnya menjana kekayaan.
Alhamdullilah, Dalam tempoh ini juga saya telah melahirkan ramai usahawan-usahawan melalui perniagaan emas ke seluruh Malaysia.
kepada yang mencemburui kejayaan ini saya ucap selamat tinggal, Anda sebenarnya bukan bersaing dengan saya tetapi dengan diri anda sendiri. Kejayaan hadir melalui usaha yang tidak berbelah bagi di samping sokongan moral dari ahli keluarga. UNTUK BERJAYA JANGAN KITA LIHAT HASILNYA DAHULU SEDANGKAN TIADA LANGSUNG USAHA DI BUAT. Insyaallah, jika ada usaha adalah hasilnya tetapi perlu bijak dan bertwakal kepada allah.
Untuk Tahun 2012 ini, Saya telah merangka Seminar-seminar berbayar yang lebih kepada ” Personal Coaching ” dengan beberapa otai-otai terkenal di Malaysia antaranya Mahaguru Syukor Bin Hashim, Pokli dan pengasas sains metafizik En eddie Rosyadie. Nantikan saya menjelajah ke seluruh Malaysia pastikan anda tidak terlepas peluang ini.
kepad anada yang ingin berniaga emas seperti saya. boleh call 010-7945969
sebelum terlupa, Jom orang-orang Kluang dan batu pahat lapangkan masa hadir ke seminar saya pada sabtu ini. Anda boleh lihat Flayer seminar pada post terdahulu.
Jom Lapangkan masa hadiri seminar ‘SIfu’ saya Di Johor Bahru( Sains metafizik)
Salam kepada ejen-ejen saya ataupun sesiapa sahaja, anda boleh menghadiri seminar Pola Pernomboran SAINS METAFIZIK bersama SIFU yang telah membawa saya dan DR Azizan untuk lebih kaya dan berjaya.
Setelah lama tidak berjumpa dengan Cikgu eddie, saya amat teruja sekali. Jom pembaca sekalian mana tahu seminar ini memberi peluang kepada anda menjana kekayaan. insyaallah.
Kursus Pernomboran 7 dan 8 Januari 2012 di MPJBT, Skudai
Sila bawa maklumat jam dilahirkan.
1. Sabtu, 7 Jan 2012
RM0 Percuma
10 pagi – 12 tghari
Tajuk: Teknik Pola 769 dan Teknik Nombor Siri Duit Cantik
Bonus: Pelajari teknik aktifkan kekayaan dengan “ayat 7″
2. Sabtu, 7 Jan 2012
2 petang – 6 petang
Bayaran Rm 60
Tajuk: Asas Pernomboran untuk halatuju Bisnes dan Kerjaya
3. Ahad, 8 Jan 2012
9.30 pagi – 5 petang
Bayaran RM 160
Tajuk: Modul Menyelesaikan Masalah secara kaedah Pernomboran (bisnes, jualan, kerjaya, jodoh, kesihatan dll).
SEMINAR BULAN JANUARI DI kLUANG DAN BATU PAHAT
Salam 1 Malaysia, saya menjemput anda hadir ke seminar pelaburan emas seperti yang di nyatakan. ini adalah seminar kali pertama dalam tahun 2012.
Sharing-sharing ilmu
Assalamualaikum, apa khabar? Di harap dalam keadaan sihat dan sejahtera. Terima kasih kerana sudi melayari blog http://www.uncangemas.net. Maaf jika saya menggangu masa anda sekarang. Tetapi saya ingin berkongsi kepada anda tentang pelaburan yang menjadi permintaan ramai masa kini.
Pastinya anda pun nak tahu apa dia “Pelaburan Emas” yang sering di perkatakan melalui media massa dan cetak sehingga ke meja makan. Sebut saja pasal emas pasti anda akan terbayangkan barang kemas. Betul x? Emas sebenarnya mempunyai bidang yang luas.
Dibawah saya akan kongsikan kepada anda tentang asas pelaburan emas . Bacanya dengan teliti.
Anda akan mengetahui beberapa perkara yang selama ini tidak pernah dikongsikan dengan anda. Selama ini sesiapa yang memiliki “Emas” hanya diam-diam dan tidak mahu hebohkannya kepada umum. Tu sebabnya ramai tokey-tokey emas banyak membisukan diri. hehe
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Makluman Berkaitan Gold Bar dan Dinar Emas Yang perlu anda tahu dan fahami:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Emas mampu dimiliki oleh semua golongan kerana harganya yang rendah iaitu sekitar RM750 bagi setiap 1 dinar yang dibeli yang beratnya 4.25 gram. Bagi emas keping pula, anda boleh membeli sekitar harga RM 1900 yang beratnya 10 gram dan berketulenan 999.9. Jadi, jika anda ingin bermula dalam pelaburan emas, mendapatkan dinar dan emas keping ( Gold Bar ) sebagai permulaan adalah langkah yang tepat dan bijak.!, kerana inilah produk yang paling rendah harganya.
2. Naik turun harga emas adalah perkara biasa tetapi, harga emas selalunya naik. ada juga menurun secara mendadak dalam tempoh 24 jam walaupun harga emas dunia naik melambung. Ada sesetengah pendapat ini pasti akan melambatkan proses mengaut keuntungan. Namun ramai yang terlepas pandang emas sebenarnya adalah penyelamat bagi kita kerana kadar penurunan harga yang mendadak atau terlampau rendah tidak berlaku bagi tempoh 24 jam. Ramai orang yang melabur rugi kerana terlalu pentingkan ‘Teknik Serangan’ tetapi terlupa tentang ‘Teknik Bertahan’. Dengan memiliki emas pelaburan dijamin pelaburan anda akan terselamat kerana susut nilaianya sangat rendah berbanding emas perhiasaan yang di jual dalam pasaran Malaysia.
3. Apabila mula melabur dalam emas, jangan sesekali anda menjualnya kembali jika tidak mendapatkan untung yang maksimum. Ianya berbeza jika anda sebagai penjual emas. Percayalah, jika anda menjual emas pelaburan anda hari ini, pada satu hari jika anda mahu membelinya kembali tidak mungkin anda mendapat harga lebih rendah sepertimana anda beli dahulu.
ASB 8.8% 2011 VS Emas 25.58% 2011
2011/12/20
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.
“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.
Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.
Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.
Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.
Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.
“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya.
Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit
Ini menunjukkan kenaikkan harga emas sangat realistik dan mengujakan pelabur-pelabur. bagi anda diluar sana fikir-fikirkan lah nak melabur dalam ASB atau Emas. Tepuk dada tanya selera dan lihat dalam poket sendiri. sekian……………..
Kenapa Saya masih bersama Public Gold
Testimoni dari rakan seperjuangan saya:
1.Artikel ini ditulis oleh saya dari perspektif mentiliti seorang peniaga separuh masa kerana masih makan gaji.Namun saya adalah tulang belakang kepada Master Dealer Public Gold bagi Rangkaian Jutawangold,Mohd Selodi bin Md Ghazali yang merupakan suami saya.
Untuk pengetahuan semua,suami saya telah pun berhenti kerja dan meniaga emas Public Gold sepenuh masa di samping mengusahakan bisnes lain secara kecil-kecilan.Kami menggunakan platform berniaga secara online hampir 90%.
2.Artikel ini bukan ditulis untuk tujuan mengampu atau sebagainya,sebaliknya ia lahir dari hati sendiri dan apa yang dirasakan sepanjang menjadi Master Dealer Public Gold.Walaupun saya juga merupakan dealer Public Gold,tetapi kami sepakat untuk menggunakan satu nama sahaja untuk semua urusan melibatkan Public Gold.Suami saya banyak memainkan peranan di belakang tabir dan banyak membantu untuk sama-sama bergerak dalam simpanan/perniagaan emas Public Gold ini.
3.Artikel ini ditulis atas kehendak dan sebab saya sendiri ingin menulisnya
Nama saya Nor Fazilah Abd Mohd,admin blog ini.Saya adalah penggerak kepada suami saya,salah seorang MD Public Gold dan satu-satunya Master Dealer di Pahang di luar ibu negeri Pahang iaitu Kuantan.Berapa lama saya kenal Public Gold?Saya dan suami kenal Public Gold,ketika En Syukor Hashim belum jadi orang kuat Public Gold lagi.Saya kenal Public Gold penghujung tahun 2008 melalui blog Jutawanemas.
Tersalah langkah dengan terjebak dengan skim pelaburan emas,saya terlupa sekejap mengenai Public Gold.Sehinggalah saya terlihat wajah sifu saya terpampang di akhbar Kosmo dengan artikel mengenai Public Gold pada awal tahun lepas,saya kembali membuka buku lama.
Ya,saya mencari semula beliau dan cuba mendapatkan info-info tentang emas.Alangkah terkejutnya saya kerana sudah terlalu banyak blog mengenai emas,dan…..mereka semua menjual emas Public Gold!
Wow!Dalam masa tak sampai 2 tahun(2008-2010),Public Gold telah berkembang rupanya.Sepatutnya saya antara orang terawal yang menyertainya.Alangkah ruginya kerana terjebak dengan skim emas.
Tutup buku lama,saya terus membeli emas Public Gold berjumlah RM48k dan sama-sama mendaftar dealer.Kerana saya telah terlibat dengan emas sebelum itu lagi,maka langkah saya kali ini agak laju dan menjadi Master Dealer dalam masa 2 bulan lebih sahaja (tanpa perlu fikirkan target sales dan rekruit dealer ).Menjadi Master Dealer dengan tidak dijangka pun sebenarnya dan tanpa mengejar sales.Pengalaman sebegini amat menyenangkan.
Mengapa sehingga saat ini,saya tidak tinggalkan Public Gold?Jom kita sama-sama baca apa yang saya nak kongsikan.
1.Model bisnes yang menguntungkan syarikat dan dealer untuk jangka masa panjang
Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia dan ianya semakin memudahkan dealer dan orang ramai untuk terus membeli dan menukarkan wang mereka kepada emas dan perak keluaran Public Gold
Kesannya kepada syarikat :
Syarikat semakin maju sebab dikenali ramai,brand equity meningkat,produk senang dibeli-senang dijual dan senang nak untung.
Syarikat dapat berkongsi keuntungan dengan dealer apabila semakin ramai pelanggan yang diperkenalkan oleh dealer-dealer PG.
Kesan kepada dealer :
Apabila cawangan makin bertambah :
i.Dealer semakin mudah untuk mengambil stok dan menggantikan stok dengan segera setiap kali produk terjual
ii.Dealer boleh buat pelbagai aktiviti di cawangan PG antaranya mengadakan kelas emas setiap minggu dan menganjurkan seminar untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat.
iii.Peluang untuk dealer dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai dealer Public Gold yang sah sangat tinggi.Ini merupakan satu perkembangan yang bagus untuk seorang dealer.Lebih ramai yang mengenali anda,lebih besar peluang anda untuk membuat jualan.
iv.Jika anda peniaga sepenuh masa,tentunya anda mempunyai banyak masa untuk berada di cawangan terdekat anda dan mendapat peluang bertemu dan berkenalan dengan lebih ramai pelanggan/prospek
Terangkan kepada prospek anda,jika ingin membeli bolehlah maklumkan kepada anda kerana sekali pelanggan berdaftar dengan Public Gold walaupun untuk membeli sekeping dinar,mereka tidak boleh menjadikan orang lain sebagai introducer mereka sama ada untuk membeli mahupun menjadi dealer.Jelaskan apa kelebihannya jika mereka membeli melalui anda,contohnya,anda sedia memberi servis terbaik,runding cara /khidmat nasihat,tidak mengenakan caj trasnport fee ataupun sedikit pengurangan harga jika belian volume besar.
2.Komisen yang berpatutan.
Ramai yang tahu,perniagaan kedai emas memerlukan modal yang besar dan berisiko tinggi.Bukan semua mampu mengeluarkan modal yang besar untuk meniaga emas.
Tapi Public Gold telah memberikan peluang semahal ini untuk mereka yang ingin menjadi peniaga emas dengan modal serendah RM20k sahaja berbanding jika ingin buka kedai emas yang perlukan modal berjuta.Jika anda seorang yang nak keuntungan yang lebih besar,saya cadangkan anda buka syarikat emas sendiri.Public Gold tidak sesuai untuk mereka yang inginkan keuntungan besar dengan segera.
3.Strategi Marketing Berkesan secara berterusan dari pihak syarikat
Public Gold dari dahulu lagi sentiasa menambah baik produk dan strategi pemasaran mereka.Ada sahaja tarikan untuk mereka yang baru mengenali emas untuk menyertai Public Gold dan membeli produk PG.Ramai dealer -dealer yang telah mendapat manfaat dari promosi dan strategi pemasaran berterusan yang dilakukan oleh pihak syarikat tanpa perlu keluar sesen pun.
Tentang isu tidak boleh menyertai syarikat lain,sebenarnya PG tidak lah setegas itu.Jika anda sekadar dealer biasa yang tidak aktif,larangan ini tidak melibatkan anda pun.Kes sebelum ini,seorang Master Dealer yang dikenali ramai mempromosikan syarikat lain dalam seminar yang dibuat atas nama Public Gold-wajarkah ?
Bukankah tindakan ini boleh mengelirukan orang awam?Senyap-senyap sudah,tak ada siapa nak ambil tahu jika anda tak kecoh dan pandai jaga etika.Sudah ramai MD yang keluarkan produk sendiri,tak ada pula isu besar yang timbul.Sebaiknya yang betul-betul ingin maju dalam bisnes emas dengan bergantung kepada syarikat sedia ada-fokuslah jawapannya.
4.Public Gold syarikat yang bersistem
Dengan sistem yang digunapakai oleh Public Gold ini amat memudahkan dealer-dealer menjalankan aktiviti jual beli.Banyak juga bank yang berminat untuk membeli sistem ini dengan owner PG,tetapi tawaran tersebut ditolak.Ini menjadikan PG sebuah syarikat emas yang ekslusif dan mempunyai tarikan tersendiri.
Kesimpulannya :
Jadilah seorang dealer kerana ingin mendidik masyarakat tentang emas -sebab nombor 2.Sebab nombor 1 sudah tentu supaya sendiri kita dapat pengurangan harga untuk setiap belian dengan Public Gold.Baca lebih lanjut sebab perlu jadi dealer ,klik sini :http://jutawangold.com/artikel/sebab-perlu-jadi-dealer-emas-yang-jarang-anda-dengar.html
Jangan jadi dealer yang lebih pentingkan pendapatan hasil dari jualan & komisen sahaja kerana ia akan nampak kecil sedangkan anda boleh mendapat keuntungan besar melalu jualan semula (buyback). Kita tidak harus memikirkan keuntungan di pihak penjual (dealer) semata-mata dan mengenepikan kepentingan pembeli (bukan dealer).
Sebagai contoh jika anda menjadi dealer untuk syarikat yang menjanjikan komisen tinggi- yg semua org tahu margin buying-selling price yg cukup besar,bayangkan customernya yang berniat melabur, alangkah lambatnya mereka akan memperolehi keuntungan.
Sebagai peniaga, memang lah dealer syarikat tersebut akan beroleh keuntungan lumayan sebab margin komisen yang beri lebih tinggi berbanding PG.Tetapi, bagaimana keadaan orang yang membeli? Berapa lamakah mereka harus tunggu untuk memperolehi keuntungan jika marginnya hampir 30%?
PG bagi komisen pada dealer 1%-2%,sbb nak bagi spread rendah kepada penyimpan emas.Nanti mereka akan seronok simpan emas.Bayangkan kalau PG bagi dealer lebih komisen,PG kena besarkan spread itu dan merugikan pembeli.Ini strategi PG,bila customer seronok tengok harga emas yang dibeli makin naik-dia akan beli lagi.
Biarlah kita jadi dealer sebab nak org sekeliling kita simpan/invest on precious metal. Jangan kita jadi dealer semata-mata nak kaut keuntungan dengan cara meniaga sahaja.Jika kita mampu memperolehi keuntungan dengan cepat, kita mesti pastikan pelanggan kita pun mampu memperolehi keuntungan dengan cepat (tahu bila nak beli & tahu bila nak jual semula).
Sebagai dealer,kalau kita tak berniaga sangat pun,kita mampu memperolehi keuntungan lumayan juga,asalkan kita tahu, bila masa terbaik untuk membeli & bila masa terbaik untuk menjual semula.Hanya melibatkan kita & PG sahaja, tanpa perlu melibatkan pihak2 yg lain (customer).Cumanya, jika kita dapat menjual kepada customer atau dapat introduce a few dealers,itu adalah satu bonus. Slogan PG pun ada menyebut “pelaburan emas lebih mudah dgn PG”.Matlamat utama adalah meraih keuntungan dgn cara menyimpan emas.Jika berniat semata-mata meraih keuntungan dengan cara menjual & memperolehi komisen,maka akan adalah pihak yang tidak berpuas hati.
Jagalah etika sebagai peniaga,dalam hal ini saya sangat respek dan salute dengan boss PG yang berpesan kepada dealer agar tidak mengutuk syarikat lain.Jika anda ingin mempromosikan syarikat anda,ya teruskan tetapi jangan dengan memburukkan syarikat orang lain-not good for ur bisnes in future.Berapa banyak dah syarikat emas yang timbul-tenggelam dan yang dah lenyap terus sedangkan sebelum itu bukan main lagi mengondem syarikat PG.
Jika anda membeli pangkat untuk menjadi Master Dealer Public Gold,tanpa melalui fasa yang sepatutnya maka pasti sukar untuk anda bertahan dalam perniagaan emas Public Gold(melainkan anda mempunyai perancangan untuk konsisten dan aktif sebagai dealer ).Bermulalah dari bawah,lalui kesukarannya dan alami sendiri pengalaman mendidik masyarakat tentang emas-rezeki Allah swt itu Maha Luas,keuntungan akan datang dengan sendirinya.
Seminar di Parit Raja, Batu Pahat
Salam sejahtera, Anda di jemput hadir ke sesi perkongsian ilmu pelaburan emas seperti ketetapan dibawah:
Seminar Di Batu Pahat
Salam 1 Malaysia, Saya dengan ini menjemput anda menghadiri perkongsian ilmu secara percuma seperti ketetapan di bawah:
Seminar In Batu Pahat, Johor
Emas Senjata kekayaan
Tempat: D’ Impian Inn, Parit Raja, Batu Pahat
Tarikh : 17.12.11
Hari: Sabtu Malam Ahad
Masa : 8.30mlm-10.30mlm
Speaker: MD Mohd Faeez Bin Mazlan/ 010-7945969
http://www.uncangemas.net
Anjuran : Uncang Emas Group
Anda boleh menghantar Nama mealaui mesej kepada saya di Talian 010-7945969. Seminar seterusnya akan saya buat di Kluang pada 24.12.11 dan di Muar pada 31.12.11.
Mangsa Black Money
Pasangan peniaga ditipu RM30,000 sindiket warga Afrika
KUALA LUMPUR: Terpedaya dengan janji keuntungan lima kali ganda daripada modal pelaburan, sepasang suami isteri ahli perniagaan berputih mata apabila wang tunai RM30,000 yang dilaburkan mereka bersama satu sindiket warga Afrika yang beroperasi di sebuah hotel lima bintang di ibu negara di sini, Jumaat lalu, lesap.
Difahamkan, pasangan berusia 30-an itu dipujuk rakan karib mereka dikenali sebagai ‘Kak Su’ yang juga kakak kepada seorang pelakon drama wanita bagi menyertai skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.
Mangsa yang teruja dengan keuntungan dijanjikan diminta melabur RM30,000 dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) sebelum dibawa berjumpa dengan tiga lelaki warga Afrika yang mendakwa dari Ghana untuk membuat pelaburan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mustafa berkata, beliau dibawa rakan karibnya ke sebuah hotel untuk dipertemukan dengan tiga lelaki itu bersama wang tunai AS$10,000 dan dijanjikan pulangan RM150,000 pada hari sama.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di bilik hotel pada jam 8 malam, salah seorang lelaki Afrika mengambil wang tunai dibawanya dengan alasan perlu membalutnya dengan plastik putih sebelum diletakkan di dalam peti simpanan.
Suspek itu kemudian turun ke tingkat bawah dengan alasan mengambil keuntungan yang dijanjikan.
“Bagaimanapun, sehingga jam 12 tengah malam, kami yang masih ditemani Kak Su tidak menerima sebarang berita. Lebih mengejutkan apabila kami membuka peti keselamatan itu dan mendapati wang wang yang dibungkus dalam plastik adalah wang palsu.
“Masa itu, barulah kami sedar bahawa mereka semua sudah melarikan wang tunai yang asal dengan menggantikan wang palsu,” katanya di sini, semalam.
Mustafa berkata, beliau mendesak Kak Su menjelaskan perkara sebenar dan memulangkan wang mereka kerana percaya wanita itu turut bersubahat, namun dia menafikan, malah mendakwa beberapa rakannya yang turut melabur sebelum ini tidak pernah berdepan situasi seperti itu.
“Lebih mengecewakan saya kerana wang tunai yang dilabur itu saya pinjam daripada kawan. Sekarang kami buntu mana nak cari wang itu untuk membayar balik semula. Kami tidak sangka, rakan yang dikenali berbelas tahun itu sanggup menipu dan menjadi orang tengah kepada sindiket penggubahan wang palsu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang sehari selepas kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan pihaknya.
Anda sudah bersedia?
Salam 1 Malaysia..Apa khabar anda semua? Post kali ini lebih menarik kerana pada awal januari penyimpan-penyimpan tegar wang kertas akan berkumpul pada 2/1/12 di hadapan Maybank2 dan Rhb bank seluruh negara.
Apa tidaknya kerana bergembira dengan dividen yang bakal di terima sekitar 8% sehingga 9% dalam tempoh setahun.. munkin anda salah seorang daripadanya.
Setelah bersabar dan bertangguh selama setahun, Akhirnya hasil yang di tunggu hampir kunjung tiba…
Di kala penyimpan dan pelabur tegar EMAS menikmati pulangan 35% kenaikkan dalam setahun ini, Masih ramai lagi yang ingin mengejar diviven ASB seperti yang saya sebutkan di atas tadi.
Bukan mudah untuk membuka kesedaran kepada orang lain, tetapi sudah semakin ramai khusunya golongan muda yang membuat personal loan untuk membeli emas. kepada anda saya ucapkan tahniah.
Saranan saya, Gunakanlah dividen ASB itu dan tukarkan kepada Emas. lagi baik anda jual semua loan ASB kemudian buat personal loan untuk membeli emas.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Mohd Faeez Mazlan 010-7945969
Rebut Peluang bersama Public Gold
Salam 1 Malaysia, Apa khabar anda di luar sana? di harap sihat sejahtera hendaknya. Hampir dua minggu saya tak update blog ini kerana berada di Terengganu bertemu dengan prospek dan ejen2 di sana. Perjalanan memang lah jauh tetapi sangat berbaloi. hari2 makan keropok lekor di Kg Tok Beng yang terkenal dengan keenakkannya. ok… saya ada Soalan nak Tanya ni,
1. SUDAHKAH ANDA MEMILIKI EMAS PERTAMA?
2. SUDAHKAH ANDA BERSEDIA BERMODALKAN RM20,000 UNTUK BERGELAR TOKEY EMAS?
Pada pengamatan saya, ramai lagi masyarakat di luar sana yang sering kali terdengar tentang pelaburan emas, mungkin anda adalah salah seorang daripadanya.hehe
Bagi memulakan pelaburan, Anda perlu melakukan kajian yang mendalam sebelum membuat keputusan untuk melabur dan jangan terlupa berapakah nilai yg anda akan laburkan dan sedikit kira2 perlu di buat takut nanti ada yang tak makan..hehe
Dalam kita menyerang janganlah kita lupa untuk bertahan. Oleh itu, perancangan mestilah di buat terlebih dahulu.
untuk permulaan, Anda boleh membeli dalam nilai yang kecil dahulu, contohnya dengan membeli 1 Dinar atau 10g emas. ini adalah langkah awal sebelum anda melabur dalam jumlah yang lebih besar lagi.
Jika anda mempunyai modal yang besar, di galakkan terus menjadi dealer yang bermodalkan RM 20,000. caranya sangat mudah sekali iaitu anda perlu ke pejabat PublicGold berhampiran dengan kediaman anda dan membuat tempahan. seeloknya 1 dinar, 10g dan 20g dalam jumlah RM20k.. letaklah introducer nama saya MOHD FAEEZ BIN MAZLAN.
Ohh sebelum terlupa saya nak memperkenalkan 3 ORANG TOKEY EMAS PUBLIC GOLD dari Uncang Emas Group iaitu:
1. Mohd Fitri Bin Jalil ( Kluang )JURUTEKNIK KOMPUTER
2. Rumizan Bin Basiron ( Kota Tinggi )GURU
3. Mohd Fariheen Bin Mazlan ( Johor Bahru )JURURAWAT
4. Mohd Rosli Bin Mahamad Dali ( Kluang )GURU
5. Mohd Razi bin zali ( Pontian ) Guru
6. Noraffendy Bin Abas ( Kluang ) MDK
Semua mereka di atas bermodalkan RM20,000 sahaja. Anda bila lagi..jika ada kelapangan hubungi la saya. Insyaallah, saya akan membantu anda.010-7945969. Faeez










































